Jumaat, 2009 Julai 10

Zamri dan Nani

Perjalanan aku kali ini memang jauh.. dari Shah Alam ke Pasir Puteh.. Rasanya macam tak jauh tapi bayangkan aku naik bas dari Shah Alam pukul 9.00 pagi dan aku sampai bas stesen Pasir Puteh pukul 1.30 pagi.. masak aku dalam bas satu hari suntuk... nasib baik aku datang sehari awal.. kalau masa majlis berlangsung memang haru... Keinginan dan kehendak aku untuk melihat tempat orang menyebabkan aku teruskan jua selain itu , pengantin merupakan adik officemate aku ( Rozi Hartini... adik dia Rozi Harnina .. aku panggil Nina je.. ) . bagi aku , majlis berlangsung secara sederhana dan aku baru hendak menbiasakan diri dengan slaga Kelate... Aku paham sikit2.. bulehlah.. Berikut gambar semasa majlis tersebut..



Helmi dan Fara


Helmi adalah sepupu aku ... anak pak cik aku.. Pak Cek panggilan aku panggil.. anak yang kedua Pak Cek ini polis bertugas di Langkawi.. Outdoor photoshot dilakukan hasil bantuan dari ahli keluarga sendiri... lighting girl ( Kak Ngah ), assistant photographer ( Shiela - adik aku ) , assist pak andam ( kak lang ) dan model2 tambahan sepupu2..

Masa yang ada terlalu limit.. kerana ada majlis suaikenal sanak saudara .. ( aku kidnap pengantin nie sebenarnya.. hahaha.. ) ... dengan langit yang putih ( time jerebu ) dan laut ( eh lupa aku nak beritahu.. lokasi kat PD ) .. ok.. laut sedang surut.. pak andam tak kasik masuk dalam laut.. ( takut baju rosak ) .. masalah2 tersebut membataskan kreativiti petang tu... hanya ini hasil yang mampu aku buat.. nanti aku akan cuba lagi.. aku akan explorer PD lagi.. aku janji..

Selasa, 2009 Mei 26

Rizal dan Reen

Pandangan dari Bukit Ampang memang menarik terutama waktu petang.. aku abadikan kenangan mereka berdua di atas bukit nie.. biar mereka sentiasa terkenang saat-saat perkahwinan mereka apabila berada di atas bukit ini.. Rizal dan Reen .. Selamat Pengantin Baru ..aku ucapkan..


p/s :- kepada adik Reen .. Bird.. thank a lot brader...

Jumaat, 2009 Mei 15

Farah dan Rajib

Ramai lak yang bertunang nama Farah.. kebetulan je tu.. heheheh.. terima kasih kepada cik Nurul yang bagi saya peluang shoot majlis nie.. majlis yang meriah dan mesra.. walaupun Farah begitu gementar pada mulanya tapi begitu "enjoy" apabila selesai upacara meminang.. Kepada Farah dan Rajib .. selamat bertunang saya ucapkan .. kalian memang secocok.. tahniah.. gambar2 dari majlis pertunangan tersebut..



Sabtu, 2009 April 11

Farah dan Suhaimi

Mereka berdua adalah member opis aku.. bercinta diam2.. bila tanya "mana ada .. kawan je.. " cam jawapan artis ye.. hehehe.. Selamat Bertunang buat korang berdua.. Sama2 lah jaga hubungan hingga disatukan hujung tahun nie..  

p/s:- Nak kawin jangan lupa aku lak.. hehehhe.. 

Sabtu, 2009 April 04

Azean dan Azmi






Gambar ini diambil ketika perkahwinan Azean dan Azmi di Felda Tementi , Triang , Pahang. Azean merupakan sepupu kepada wife aku dan setiap orang telah dibahagikan tugas maka dengan rasminya aku jurugambar pada hari besar mereka.. Beberapa gambar mereka semasa "outdoor".. outdoor dalam hujan.. 


Sabtu, 2009 Mac 21

Gagau Ikan

Semasa balik kampung Sungai Besar baru-baru ini .. terjumpa sekumpulan budak yang tengah mengagau ikan..  jarang aku jumpa aktiviti macam nie..  aku ikut budak-budak  tu satu petang .. antara gambar yang aku dapat..

pada aku budak ini sangat berani dan sangat mengenali tempat yang di cari ikan.. manalah tahu tergagau ular ke.. uish.. risau gak aku masa tu..  dapat jugak la petang ikan haruan.. jadilah..